Tuesday, May 6, 2014

#MuslimBlogShare

:
 AWIN :

Salam, saya nak tanya, macam mana nak pastikan diri terus beristiqamah? Emm, saya tahu kita tak perlu cari penghargaan dari manusia biloa berubah. Masalah saya, bila di universiti saya memang dah mulakan. Keluar bilik je pakai hand sock, baju labuh, tudung tutup dada, tapi saya still pakai jeans, and stokin saya akan pakai bila pakai kasut je. Bila turun cafe pakai selipar, saya tak pakai pun stokin. Memang saya belum tutup aurat dengan sempurna. Jahilnya saya :( Solat saya cukup, dan saya mula solat di awal waktu jugak. Saya mula baca al-quran terjemahan. Bila saya baca, air mata mengalir, even sekarang pun air mata saya mengalir. Saya pun ada baca satu surah yang bermaksud, Allah akan berikan hidayah kepada hambanya yang beriman. Sebab tu sekarang saya berusaha mencari hidayah tu. Sebelum ni saya hanya tunggu je. Teruknya diri saya ni :( Tapi saya ada satu halangan. Saya mixed chinese. Kehidupan saya kadang kadang memang agak berbeza dengan orang lain. Parents saya tak macam orang lain. Abah saya chinese, islam hanya pada ic je. Saya sedih, sangat. Saya sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hati dia. Saya nak solat berimam kan Abah :'( Jadi bila kat rumah, saya kurangkan masa untuk jalan jalan di luar sebab saya takut saya tak tutup aurat. Saya takutkan azab Allah. Tapi saya tak tahu cara mana yang paling bagus untuk saya tingkatkan keimanan saya dan teruskan istiqamah.
Reply

Young Baiaah :

Awin,
istiqamah adalah perkara yang susah untuk dibuat, untuk pastikan sentiasa kekal dalam jiwa, tapi apa yang boleh saya katakan, awin kena bersabar, teruskan usaha, kurangkan hiburan, banyakkan membaca benda ilmiah terutamanya buku buku yang dapat membina jiwa Islam, kadang2 inilah ujian kita, ujian Allah bagi pada kita untuk uji tahap keimanan kita, kalau kita tewas, apalah tahap iman kita pada pandangan Allah ? ingat satu perkara, Allah tak akan hampakan hamba-Nya yang sentiasa bersabar dan bersyukur .

saya bukan lah insan yang arif tapi sedikit perkongsian yang saya mampu kongsikan di sini, apa jua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah, jangan sesekali berputus asa dengan usaha yang dilakukan, biarlah 10 tahun 20 tahun sekali pun, Allah Maha Mendengar, kita kena sentiasa bersabar, teruskan membaca Al-Quran, berzikir dan mendekati orang orang yang soleh dan solehah . lebih molek lagi kalau dapat berdamping dan berguru dengan ustazah, alim ulama' . saya doakan agar awin sentiasa istiqamah :)


No comments:

Post a Comment