Friday, March 21, 2014

TERIMA KASIH , EXTREME 0913 !


yo ! hi people . how you guys doing ? heeee . me fine , alhamdulillah  . pokok dekat luar rumah pun menghijau . dah study sikit2 . hm ,  bahagia dekat rumah . korang kenal aku ? mesti tak kan ? aku yg tengah buat piss yo dekat atas tu . kalau jumpa tegur ekk . buat piss yo jugak tau . hohoho .  some fact y' dont know about me is ... I'm a SCIPPIAN . jangan tanya aku SCIPP tu apa . nanti aku cepuk korang , berterabur gigi kangg . haah ! kejam oh aku . k gurau . sekarang aku dah form 5 , weeee ><" tak rasa macam form 5 pun . perangai aku , perghhhh ! adik aku yg darjah 2 matang lagi drp aku . sebagai form 5 student , aku rasa tanggungjawab aku lagi besar . I mean the responsibility on us is is getting heavier ><" Kadang2 rasa macam tak tertanggung .  however ,

 " Bukan Allah tak tahu remuknya hati . Bukan Allah tak tahu pedihnya diuji . Tapi , Dia tahu aku mampu hadapi "
Alhamdulillah . Apa yang aku maksudkan dengan responsibility tuh , bukan berrat sangat [ mean aku mampu ] . okayy , korang boleh baca tak title aku punya post harini ? haha . TERIMA KASIH EXTREME ! * psst : hari ni aku terasa banyak sangat benda nak di ceritakan , so will post out moreee post later . kalau sudi baca sampai pengsan k * . haha ! iklan kejap .

Korang tahu EXTREME tu apa ? Melampau ? Keterlaluan ? Paling ? Bersangatan ? haha . Lebih kurang laa . K ,EXTREME ni senior aku , nama batch untuk tahun 1996 di SCIPP . again , jangan tanya SCIPP tu apa . piss yo ! Aku , VOCIFEROUS . Batch 1997 . Kadang2 , terasa banyak perbezaan antara batch kami . EXTREME is too EXTREME and VOCIFEROUS is just too VOCIFEROUS . *sorry eh , RESURGENCE takde dalam perbincangan hari ni . kalau ada pun bukn main topik *

meh sini nak ceita sikit pasal EXTREME . Masa PMR diorang , diorang telah mengharumkan nama sekolah kami . GMP 1.05 . Ke korang punya sekolah lari rendah ? haha ! tak kesah la , tapi 1.05 ni dikira pencapaian terbaik laa kan . Masa SPM diorang , yg 20 March ritu . Again , diorang gegarkan bumi SCIPP dengan 1.91 , pecah rekod sekolah yang selama ini 2.0^ . No 2 di Kelantan . Hanya beza 0.03 dengan FARIS , 1.88 yang mejadi No 1 Kelantan . 7 March 2013 , jasa diorang yang paling tak ternilai is diorang buat DEMONSTRASI , batch lain of course join . pasal nak halau BONDA . Usah dceritakan pasal BONDA . benda lepas sudah lepas . Dengan perginya bonda dari bumi SCIPP , mereka berjaya membawa MUMMY WAN JAH ke SCIPP . Berada di bawah MUMMU is a great honor to us . Kalau aku , Aku sayang gilaaaaa dekat mummy like srrsly ><" . Mummy datang SCIPP berubah  , SCIPP juara itu , SCIPP juara ini ,  SCIPP semakin improve . She did to much for us . Allah , please bless her ! Kalau tak EXTREME buat demo , MUMMY takkan datang . Terima Kasih Allah !

Namun, kontra dengan kami VOCIFEROUS .

Masa PMR kami , GMP 1.05 oleh EXTREME telah kami jatuhkan dengan 1.11 . PMR kami terlalu teruk dan of course kami selalu dibandingkan . k , setakat ini tu jelah yang aku nak cerita apa yang kontra kami dengan EXTREME . Kenapa aku ucap kan jutaaaaaaaaaaaaaaan TQ kat EXTEME sebab resultnya yang gempak telh menyedarkan some of us , that we have to make our best ! takkan kami nak jatuhkan kejayaan yang dibina oleh senior2 kami . Ya Allah ! masa kami dapat tahu keputusan EXTREME memang hati ni dupdapdudap ! Kami akan lebih tertekan . we have to BEAT extreme . We have to , no matter what . our failed , make us a better person ! we rise from our last failed . we once failed , so we never fail again . masa akak EXTREME datang , nak gi salam2 ngan diorang pun masa macam kecikk kepala ni  , ketar lutut . uuuuuuu ><" . Masa dalam kelas ktorang do some perbincangan , and Alhamdulillah most of la's classmate do feel the same .

Kadang-kadang life is not about you get how much you've done ' ... kadang2 , kita berusaha sangat sangat tahap asdfghjkl . tapi orang lain yang usaha hangat2 tahi' ayam abcedf tu dapat result yang even gempak dari kita . Orang yang selama ni tak tak pernah lulus addmath , takde usaha tiba2 dapat A plas . wuuu , berasap telinga kita . kita usaha . stay up . at last dapat A minussss . hihi . ni laa orang kata REZEKI . rezeki dia , tu dia punya . rezeki kita kita punya . so , jangan laa kita ambil rezeki orang . nanti Allah tarik balik rezeki kita baru tahu nak menyesal . thats oll rasanya sampai hari ni . Aku dh tk tahu nak cakap pasal apa dah . Again ,

TERIMA KASIH EXTREME ,SEBAB NAIKKAN NAMA SEKOLAH !

TERIMA KASIH EXTREME ,SEBAB BUKTIKAN SCIPP MAMPU !

TERIMA KASIH EXTREME ,SEBAB BAWAK MUMMY !

TERIMA KASIH EXTREME ,SEBAB BUAT VOCIF SEDAR !

TERIMA KASIH ALLAH ,UNTUK SEGALANYA ! 

Thursday, March 20, 2014

AURAH [ by Sis Marz ]



Usrah #GTL Tabarruj:Fesyen Sebelum Aurat
•Pengertian Tabarruj
Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal" (Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelakki-lelaki bukan mahram)
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.
Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang mampu merangsang syahwat lelaki. 
•Sifat tabaruj sewaktu di zaman jahiliyah ada 5 pendapat:
☆Pertama
Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. 
Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid. 
☆Kedua
Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit. 
Ini adalah pendapat Qatadah. 
☆Ketiga
Wanita yang memakai wangian. 
Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih. 
☆Keempat
Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.
Ini adalah pendapat al-Kalabiy. 
☆Kelima
Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya terlihat…..”
•Larangan Bertabarruj
Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). 
Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.
Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah swt di dalam surat al-Nuur ayat 60. Allah swt berfirman:
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[al-Nuur:60]
•Perbuatan yang termasuk kategori tabarruj
1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat
Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai pakaian ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.
Nabi saw bersabda:
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; ...... dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram
Nabi saw bersabda,
“Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]
Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita muslimah dilarang keluar rumah atau berada di antara lelaki dengan mengenakan wangian yang kuat baunya.
Sifat wangian bagi wanita muslimah sepatutnya adalah tidak ketara baunya. 
3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)
Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya. Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. 
Dalam sebuah hadis diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda;
“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]
4. Berdandan Berlebihan
Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya. Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menonjol dan sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. 
Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”
Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;
“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
5. Membuka Sebahagian Aurat
Wanita yang mengenakan topi tanpa bertudung, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.
Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah saw;
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; ..... dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
Menggulung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menggulung rambut seperti telah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt.
6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi
Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik. 
Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]
•Kesimpulan 
Tabarujj berbeza daripada penutupan aurat. Walau sudah menutup aurat mungkin juga masih bertabarujj.
Terdapat pelbagai lagi contoh tabarujj namun apa yang penting ialah tindakan kita selepas ini. Adakah masih mahu memilih fesyen sebelum aurat?


Wednesday, March 12, 2014

BILA MAK MENEGUR ...

Hi poeple . Proudly a muslim wishing ASSALAMUALAIKUM to you guys . So , this post a latte it from blog Abang Raja . Kinda berminat nak share dengan korang . hm . this is the common thing that happen in our daily life , yeah ! kalau tak berlaku kepada kita pun , mungkin orang lain ? mungkin orang yang terdekat dngan kita ? . cuba fikir sejenak . when talking about MOM , MOTHER , UMI , MAK , MAMA .. automatically , aku teringat kata-kata cikgu Asma . Yes ! The best teacher ever in SCIPP . Korang mesti dah tahu kan kalau matinya seorang ibu maka terputuslah salah satu berkat dalam hidup seseorang itu kan ? k . the things is , Cikgu Asma talked on gaji . She asked us , kenapa nak kerja ? Proudly kitorang jawab nak duit banyak . She asked again , kenapa nak duit banyak ? maka ada lah jawapan yang berjela2 dari students .. nak kaya , nak kete besa , nak rumah besa , nak hire bibikkk .... at last , we forgot our parent . yeah , apa salahnya kalau 1/3 dari gaji tu potong awal kasi dekat parent ? hm , aku almost krai laa jugak sebab aku banyak susahkan mak aku . benda yang tak ada , mak aku adakan juga untuk aku . so , minggu depan exam , aku tak call mak aku lagi . yah , good daughter good me . -.- ! enjoy post abang Raja ni ..

"
Tadi call mak then dengar nada suara mak lain sangat .. tetiba hati jadi tak tenang ... :(

" Kau janganlah terima apa2 tawaran ke Sabah ... Mak bimbang sangat ... suasana tu mahunya berterusan untuk beberapa bulan lagi ... hujung tahun nipun belum tentu lagi reda ... duit boleh cari tapi mak ada satu je lagi anak lelaki ... "

" tak payahlah kau update apa2 pasal isu lahad datu tu kat facebook ... saat2 macam ni orang boleh anggap mcm2 dgn apa yg kau tulis ... orang sensitif ... orang tunggu kau buat silap je nak rosakkan kau ... mak mintak sangat2 ... tak payah sebut apa2 pasal isu lahad datu tu ... tak payah komen apa2 ... mak takut ramai yang terheret sama masuk lokap ... tolong lahhh ..."

Then i started to think :-

1. Apa yang serius sangat abang komen tentang isu lahad datu tu? Kalau baca betul2 komen abang ... abang just nyatakan kebimbangan dan mintak semua doakan ... itu je kan ;)

2. Siapa yang ngadu kat mak ??

3. Adakah orang2 tertentu sengaja racun fikiran mak supaya mak jadi bimbang jadi berburuk sangka dengan abang?

4. Mak tengah risau ...

5. Kena re-schedule balik jadual tour Sabah ...

6. Kena muhasabah diri mungkin ada yang tak betul kat mana2 hingga mak jadi risau ...

7. Kena pikir cara nak buat mak happy semula ...

8. Kena identify siapa yang ngadu kat mak bukan2 dan rationalize kan orang tu ... (adik2 aku sendiri kot ... hemmm ... )

9. Kena muhasabah diri apa dan siapa lagi yang tak cukup / yang tak puas hati dengan abang ...

10. Kena muhasabah diri mingkin ada solat, sedekah, atau perbuatan yang Allah tak suka yg terbuat secara tak sengaja ...

11. Kena berhati2 sebab ini mungkin signal dari Allah ... alerts ... supaya be carefull sebab ada orang sentiasa peka dan perhatikan apa saja tindakan abang ...

﴿وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ * أُولَئِكَ جَزَاؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ﴾ (آل عمران: 135 – 136).

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali Imran :135.

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-sebaik balasan (bagi) orang-orang yang beramal (soleh). Ali Imran :136.

Wallahu'alam ... "