Thursday, March 20, 2014

AURAH [ by Sis Marz ]



Usrah #GTL Tabarruj:Fesyen Sebelum Aurat
•Pengertian Tabarruj
Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal" (Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelakki-lelaki bukan mahram)
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.
Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang mampu merangsang syahwat lelaki. 
•Sifat tabaruj sewaktu di zaman jahiliyah ada 5 pendapat:
☆Pertama
Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. 
Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid. 
☆Kedua
Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit. 
Ini adalah pendapat Qatadah. 
☆Ketiga
Wanita yang memakai wangian. 
Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih. 
☆Keempat
Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.
Ini adalah pendapat al-Kalabiy. 
☆Kelima
Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya terlihat…..”
•Larangan Bertabarruj
Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). 
Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.
Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah swt di dalam surat al-Nuur ayat 60. Allah swt berfirman:
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[al-Nuur:60]
•Perbuatan yang termasuk kategori tabarruj
1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat
Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai pakaian ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.
Nabi saw bersabda:
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; ...... dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram
Nabi saw bersabda,
“Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]
Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita muslimah dilarang keluar rumah atau berada di antara lelaki dengan mengenakan wangian yang kuat baunya.
Sifat wangian bagi wanita muslimah sepatutnya adalah tidak ketara baunya. 
3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)
Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya. Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. 
Dalam sebuah hadis diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda;
“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]
4. Berdandan Berlebihan
Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya. Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menonjol dan sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. 
Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”
Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;
“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
5. Membuka Sebahagian Aurat
Wanita yang mengenakan topi tanpa bertudung, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.
Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah saw;
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; ..... dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
Menggulung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menggulung rambut seperti telah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt.
6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi
Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik. 
Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]
•Kesimpulan 
Tabarujj berbeza daripada penutupan aurat. Walau sudah menutup aurat mungkin juga masih bertabarujj.
Terdapat pelbagai lagi contoh tabarujj namun apa yang penting ialah tindakan kita selepas ini. Adakah masih mahu memilih fesyen sebelum aurat?


No comments:

Post a Comment