Monday, November 18, 2013

KAWAN TAPI MACAM BUKAN .




KAWAN kau yang hari ini . kawan baik ke , kawan rapat ke , kawan biasa ke , semua mereka yg dahulunya kau langsung tak kenal . Dan mereka ini juga berlainan anggapan kau pada dia .

ADA yang kau baru kenal , kau tak rasa dia yg akan menajdi kawan baik kita . ada tu pula kau baru je kenal terus kau rasa dia sangat memahami kau dan kau rasa benda tu boleh buat kau dan dia jadi rapat .


TAPI apa yg aku nak sampaikan ialah apa yg akan berlaku dalam persahabatan kau dengan seseorang .


PERTAMA , pada kawan yg kau anggap biasa . kenal secara tak sengaja , jarang sekali berjumpa , perlu bila ada , dan tak ada pun tak apa .


KEDUA , pada kawan yg kau anggap kawan baik . tak ada kau cari , semua masalah kau kongsi , rahsia kau bagi , tak ada tak lengkaplah sehari .


KAWAN yg kau anggap biasa , sekarang siapa dia pada kau ? masih kau rasa dia kawan yang biasa atau dia yang selalu ada bila kau perlu bantuan ? atau kau sendiri menganggap dia seorang yang baik kerana layanan dia kepada kau ? sedangkan selama ini tak ada pun kau dengan dia mengaku antara satu sama lain yang kalian ni sahabat baik .


KAWAN yg kau anggap baik . Kawan baik . masih kau rasa dia kawan yang baik untuk kau ? masih kalian rapat seperti dahulu ? atau dia yang kau anggap baik sudah mula buat "taik" dengan kau ? diua yang kau anggap baik , susah-susah baru dia nak cari .kau je yang berkongsi . kau je yang mesranya tak lari . Dia ? anggap kau tak ada . Kalau ada , adalah . Kau tak ada pun tak apa .


BAGUSLAH kalau kau rasa dulu kawan yang kau anggap biasa tapi kau rasa dia seorang kawan yang baik . Baguslah kalau kawan yang kau anggap baik dan sekarang masih baik . tapi kalau yang dulu kau anggap baik , sekarang kau tak rasa dia orang yang sama . Apa kau buat ? Diam untuk menerima , tapi sering kali kau dikecewakan olehnya . Sakit hati dengan bahasa dan tindakannya . atau , kau luah apa yang kau rasa , tentang apa yang kau tak puas hati dengan dia . kalau dengan itu dia tarik muka , jauhkan dirinya . Sedarlah bahawa dia tidak lagi memerlukan kau sebagai seorang kawan . Mun gkin dia perlu kau sebab dia hanya ingin dibantu .


BAGI aku dengan apa yang dah aku lalui dengan seseorang itu , indah atau sebaliknya . aku sayang sangat nak biarkan macam tu je . Fikir balik apa yang dah kalian janji bersama , ingat balik pahit getir bila kalian bersama . Jangan jadi seseorang yang cakap tidak serupa bikin . Mesti kau sayang nak putuskan persahabatan tu . dah bila benda-benda ni dah terjadi , dahulunya kau pernnah tertanya-tanya . pernah mengagak perkara-perkara macam tu akan terjadi . hm , biasalah kan ? . takkan tak ada 2 orang bergelar sahabat yang tak bergaduh .


FOR ME , friendship is more complicated than relationship between couples .


KALAU kau tak nak benda-benda macam ni berlaku , senang je . Masa mula jumpa , masa mula kenal hati budi dia , jangan senang sangat nak mengaku dia itu ini pada diri kau . Sedangkan kawan yang dah 4 tahun kau kenal pun hari ini kau tak paham dia , inikan dia yang baru kau kenal sebulan dua .


INDAH kan hidup ini kau dua-dua ikhlas dalam persahabatannya ? tiada hasad dengki . cemburu tu lansung tak ada . Bila berjayanya seorang kawan , patutnya dia yang rasa bangga . dah macam ahli keluarga .


JADI , jangan anggap persahabatan ini benda mudah . Jaga hati kawan . Jaga bila dia tak mampu bangun . Buang semua perasaan hasad dengki atau perasaan tak puas hati kalau kau sayangkan persahabatan kau dengan dia . tak akan bahagia bila kau mula rasa tak suka . Apa - apapun perginya dia meninggalkan kau , akan ada yang lebih baik datang mengganti . Yang benar tidak akan pergi buat kau tiada sesiapa di sisi = ) .



. . . . . . CR : @akbarazman .
. . . . . TO : @vampire_mamu

No comments:

Post a Comment